Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, January 31, 2011

Belajar sampai master or jadi master?


Lately ni aku banyak tulis entry luahan perasaan dalam ni. Bukan luahan perasaan yang bunga-bunga cinta tu, tapi masalah masa depan yang terpendam dalam hati. Aku sebenarnya (buat sape2 yang tak tahu) baru habis belajar peringkat bachelor’s degree. Sekarang dalam perancangan untuk masa depan. Aku cadang nak sambung belajar, dan kalau ada rezeki aku nak fly over the sea. TAPI! Semua tu hanya perancangan aku. Aku dah apply beberapa university yang menarik hati. Tapi bila aku dah apply tu, baru aku terfikir. Which one is MUCH BETTER? Untuk pengetahuan anda-anda semua, aku apply semua Master by Coursework. Maknanya aku masih perlu ke kelas, seat for the final exam, complete all the tasks given by the lecturers and at the end of the courses must conduct a mini project. Exactly just like all the undergraduate students did.  

Bila aku fikir-fikir balik, aku bukan nak jadi lecturer pun jadi kenapa aku apply Master by Coursework? Kenapa aku tak apply Master by Research? Masa aku baru habis belajar November tahun lepas, aku tak bercadang pun nak sambung belajar. Tapi bila tengok kawan-kawan sambung belajar, semua macam berebut-rebut nak bergelar Dr dalam bidang masing-masing aku pun terus rasa macam semangat gila. HEHEHEHE. Masa aku nak apply sambung belajar hari tu, ada la seorang family member ni nasihatkan aku apply by coursework sebab dia kata nanti dekat tempat orang tu, siapa pulak yang nak tolong aku handle sampling semua bagai. Ye laaa... kalau kat tempat sendiri, insyaAllah la ada yang sudi membantu tapi kalau dekat tempat orang? Dah la aku ni cakap omputih pun tergagap. (masa tu berbincang macam confirm2 je dapat tempat. HAHAHAHAHA)

Esok aku cadang nak pergi apply untuk test IELTS tu. Aku rasa semua orang tau pe benda tu. Test tu antara syarat kelayakan la nak pergi belajar dekat tempat yang bahasa utama dia adalah bahasa inggeris. Ye laaaa... kalau English pun tak lepas masa kat Malaysia ni macam mana nak belajar dekat tempat orang kan? Tapi... kita kena yakin. Aku sebenarnya pelik dan kagum dengan orang-orang dulu. Maksud aku orang-orang batch makbapak kita. Macam mana diorang boleh survive hidup dekat tempat orang sebab aku rasa masa tu tak ramai lagi kot rakyat Malaysia yang berhijrah ke Negara lain.

Okey. Aku dah melalut. Berbalik pada master by research or master by coursework, siapa boleh bagi detail explaination dekat aku tentang baik buruk setiap satunya. Kalau nak bagi via email lagi dialu-alukan (email aku : jue.shaeuj@gmail.com). Sila la jangan malu nak menegur aku yang serba kekurangan ni. Aku ni macam tamak la semua benda aku nak. Bila nak insaf ni T___________T




Sunday, January 30, 2011

Cerita zaman belajar. Dah kerja ke sekarang?

Zaman sekolah dulu selalu tak sabar nak masuk universiti. Konon-konon bila dah masuk universiti tu besar laaa..  Masa sekolah rendah dulu, bila cikgu tanya cita2 nak jadi apa, mesti jawab nak jadi DOKTOR. Kenapa ek? Aku pun tak tahu. Mungkin masa tu aku tak tahu pekerjaan lain, jadi jawab je la DOKTOR, CIKGU, PENSYARAH  PRAMUGARI (sila gelakkan aku). Tapi bila aku masuk sekolah menengah, baru tahu bukan senang nak jadi doktor, lagi2 untuk student macam aku ni. Masa form4 aku tukar cita2 nak jadi PHARMACIST. Sebab apa? Sebab aku suka dekat cikgu yang mengajar aku kimia dulu. Dia guru kaunseling, jadi suara dia memang mendayu2 macam dodoikan aku tidur laa.. HEHEHHE. Dulu masa upper form, memang tak sah kalau tak syahid dalam kelas. Kelas favourite aku untuk "syahid" ialah kelas kimia. Tu pun ada angan2 nak jadi PHARMACIST. Dan subjek yang tak sah kalau tak gagal ialah : Biologi, Add Math, Kimia (kadang2) dan fizik (juga kadang). 

Bila aku masuk universiti, baru aku sedar sebenarnya tak adalah susah sangat semua subjek tu kecuali Biologi sebab aku TAK SUKA membaca. HUHUHU. Zaman universiti lain pulak yang aku fikir. Cepat la habis belajar, aku nak kerja. Masa tu aku mana tahu semua anugerah2 yang available zaman universiti ni. Bila dah habis first semester diploma, baru la aku paham pasal Dean List dan VC award. Masa tu mula pulun belajar konon-konon nak score 3.5 above every semester. Pastu boleh gak pasang angan-angan nak jadi Best Student. HAHAHA. Tak sedar ramai lagi pandai daripada aku. 

Habis diploma, terus continue degree. Masa tu sama, nak study rajin-rajin sebab nak score 3.5 above every semester. Tapi betul la kata orang, "Nak kekalkan kecemerlangan tu lagi susah daripada nak cipta kecemerlangan". Aku bukan dari golongan pelajar yang pandai, bukan pelajar favourite lecturer. Tapi masa degree target aku lebih kepada nak LULUS semua subjek setiap semester. Sebab bagi aku bila tiap2 semester credit hours dah sampai 23,24 mesti rasa macam nak menangis. Lagi-magi bila berdepan dengan subjek yang 4,5 credit hour. Dulu FYP aku 6 credit hour, memang la aku rasa down teramat sangat bila analysis aku tak capai objektif. Terfikir, apa la aku nak jawab dengan supervisor. Hatta seminggu sebelum final pun aku masih sibuk ke makmal nak repeat analysis. Memang pengorbanan la masa tu. 

Sekarang, Alhamdulillah. Segala usaha aku berhasil. Aku berjaya tamatkan pengajian pada masa yang ditetapkan. Sekarang student ID aku dah tak valid lagi. Last week aku pergi library, nak pergi guna scanner. Sekali kakak kat library tu kata student card aku tak valid lagi T____T Alahai... status aku bukan student lagi. Rindunya nak bergelar pelajar. Sibuk dengan kuliah, dengan report experiment, dengan tests, quiz, assignment. Kenangan la semua tu. 

Masa ni baru aku sedar, susahnya nak cari kerja. Tapi nasib baik ada kerja sementara. Boleh la tambah pengalaman. Waktu ni juga aku dalam dilema, aku tak tahu sama ada nak sambung master, terus kerja atau terus kahwin. Tapi aku dah apply untuk sambung master, dah apply untuk kerja. Nak sambung master, kena cari scholar, nak kerja tak ada company panggil interview lagi. Harap2 Allah bantu aku pilih jalan terbaik. Aku takut kalau salah pilih jalan hidup. Tapi aku yakin setiap apa yang berlaku, mesti ada hikmahnya. 




Tuesday, January 25, 2011

Selamat Ulangtahun kelahiran.

Pagi tadi masa update blog lupa lak yang hari ni birthday budak jari tembam.
Walaupun budak jari tembam tu tak baca blog aku ni (sebab dia tak reti membaca lagi), aku tetap nak wish,


HAPPY 3rd BIRTHDAY
to Wan Isyraf Rafiq


Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.
Semoga membesar menjadi antara golongan cerdik pandai.



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Sila isi tajuk sendiri : ___________________________

Rasa macam dah lama sangat blog ni tak berupdate. Dah jarang online sekarang ni. Sibuk dengan kerja sementara. Alhamdulillah. Ada kerja sementara nak tunggu dapat kerja tetap atau dapat offer sambung belajar. Aku sekarang jadi RA dekat UiTM. Tolong supervisor FYP, dapat la income sikit. Tapi bagi aku yang penting aku enjoy kerja ni sebab memang apa yang aku buat sekarang ni benda yang aku minat. Kalau ikutkan, banyak lagi kerja part time dekat Ipoh tu tapi semua tak kena dengan jiwa aku. Aku tak nak la kerja sebab nak ada income semata-mata, aku nak kerja yang aku rasa puas bila dapat selesaikannya. Itu paling penting. Orang selalu kata jangan memilih kerja, dan aku akui benda tu tapi kadang-kadang aku tak boleh nak paksa diri aku buat benda yang aku tak berapa suka nak buat. Contoh : Lepas aku dapat result final semester hari tu, ramai gak kawan2 dan ada gak makcik aku suruh jadi tutor sementara dekat UiTM ni. Aku bukan kedekut ilmu tak nak kongsi dengan orang lain. Tapi aku tak reti nak mengajar secara formal. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Aku pernah jadi cikgu ganti dulu, memang aku agak tak reti nak mengajar atau mungkin masa tu aku dapat subjek yang tak kena dengan jiwa aku. Entah laa... Aku cuba jadi yang terbaik dan aku rasa aku memang tak sesuai untuk bekerja yang memerlukan aku berinteraksi dengan orang ramai. Bukan maksud aku tak boleh nak kerja dalam kumpulan, cuma entah laaa.. Aku tak reti nak terangkan. Aku takut kalau aku mengajar, student2 aku tak dapat input apa2. Aku tak nak la kerja hujung bulan dapat gaji tap tak ada hasil. Tak best la kan macam tu???

Tapi semua tu bergantung pada orang gak. Tak semua orang sama. Sekarang ni aku rasa happy dengan apa yang aku buat walaupun aku letih tapi bila dapat refresh balik apa yang buat dulu, lepas tu dapat tambah ilmu baru, aku rasa seronok. Aku rasa semua orang macam tu. Tak ada siapa yang minta untuk lupa apa yang pernah dia belajar. Tapi biasalah... benda bila lama tak praktikkan memang la akan lupa sikit2. Perkara tu aku rasa normal laaa. Tapi kalau tiap2 hari kita buat benda tu, then study tentang benda tu lama2 kita akan absorb dengan mudah perkara tu.

Okey la. Aku stop sini dulu. Nanti aku sambung bebel. 


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

Thursday, January 20, 2011

Seluruh ahli keluarga saya naik pangkat! *happy mode*



Seronok kan bila seluruh ahli keluarga naik pangkat serentak? Semua orang bergembira meraikan berita gembira. Semalam sluruh ahli keluarga aku tersangat gembira bila kami secara serantak naik pangkat. Rezeki Allah siapa yang tahu kan??






Apa-apa pun TAHNIAH buat semua ahli keluarga aku terutama abang kedua dan isterinya kerana telah naik pangkat menjadi seorang "AYAH" dan "IBU"... Dan secara tak rasmi ibu aku naik pangkat menjadi "OPAH" kepada 5 orang cucu, dan aku serta adik beradik yang lain menjadi makcik dan pakcik kepada 5 orang anak buah! YEAAAYYYY!!! Bertambah la cicit opah aku. Berapa ek??? 10 orang dah kot cicit opah aku. Atau mungkin lebih. Aku tak ingat.


And again, TAHNIAH buat abang joe dan kak suzie. Baby lahir 19/01/2011 jam 11++ malam.





*nama baby tak tahu lagi*

salam mahabbah
 salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Monday, January 17, 2011

Aku seronok ke tak ni?

Aku dah selamat interview pagi tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pagi tadi aku memang nervous teramat sangat. Entah kenapa entah. Tapi interviewer pun OK. Masuk je office company tu, jumpa sorang staff ni. Dia bawa aku pergi masuk meeting room. Ada test weiiii... Terkejut aku. Risau gak kalau soalan test dia macam soalan test zaman aku belajar dulu. Tapi nasib baik la semua soalan calculation je. Calculator tu dia bagi. So aku pun jawab la 10 soalan dalam masa setengah jam. Elok je aku habis jawab soalan, interviewer tu masuk. Aku dah mula dupdapdupdap balik. NERVOUS!

Tapi aku rasa tadi interviewer tu tak banyak pun tanya soalan kat aku. Dia banyak cerita pasal company dan post yang aku apply. Aku pun dengar je la. Tapi lama juga la sesi berbual2 tu. Habis je interview tu ada sorang staff bawa aku pusing2 plant kat situ. OKEY. Aku dah dapat gambaran suasana kerja nanti (CEH! macam confirm dapat je.. hehehe).

Sekarang ni dah pening lalat. Rasa letih badan. Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni. Rasa macam best juga kalau dapat keje kat situ tapi aku lagi suka lab work. Entah la. Harap-harap apa yang aku dapat akan datang adalah yang terbaik untuk aku, masa depan aku dan juga keluarga aku.



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

Sunday, January 16, 2011

Pagi yang mendung

Semalam tidur awal. Tapi tak ada la awal sangant cuma awal daripada kebiasaan. Jam 3pagi terjaga. Sakit kepala yang teramat. Dah lama aku tak sakit kepala macam tu. Rasa berangin sangt kepala. Rasa macam nak meluahkan semua isi perut. Tapi tak mampu. Berusaha pergi ke dapur. Telan sebiji panadol active fast. Baring kembali. Cuma memejamkan mata tapi masih tak mampu. Akhirnya terlelap sendiri. Terjaga pagi dengar suara budak jari debab. OH~ dah pagi. Alhamdulillah.

Sarapan pagi. Memikirkan masa depan. Esok ada interview. Rasa sangat nervous. Interview formal pertama seumur hidup. Harap-harap semua berjalan lancar. Pagi ni mendung sangat. Semendung perasaan aku. Entah kenapa. Aku pun tak tahu apa yang aku bebelkan. Terasa ingin meluahkan sesuatu di sini. Tetapi terganggun dengan permainan helikopter budak jari comey. Bateri laptop pun tinggal 19%.

Tapi pagi ni terasa nyaman. Kalau tiada bunyi mengganggu sekeliling mesti aku terasa damai sekali. Harap-harap aku tabah dan kuat.

Oh ya, kalau interviewer tu tanya weakness kita nak jawab apa ye??


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...




 lots of L♥VE

Wednesday, January 12, 2011

Kenapa aku macam malas sangat ni?

Aku tak tahu kenapa aku malas sangat nak update blog ni

Rasa macam nak delete je

Rasa macam nak buat private pun ada

Sebab aku rasa blog aku ni buka kegemaran ramai pun

Lagi pun sekarang ni banyak orang hentam-hentam dalam blog

Alaaaa... tak best la macam tu

Kan? kannn??

Eh, aku interview next week post QA Exec.

Ada sape2 boleh bagi tips?

Aku blank la. QA ni apa ek?

Hahahaha. Baru 2,3 tak belajar terus jadi tepu otak.

Okey la

Nak kemas barang

Esok nak pergi jumpa budak jari debab

BYE.

Doakan aku selamat sampai

Risau lak naik bas ni. CUAK.




salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

Monday, January 10, 2011

Kalau patah, beli la lain

Perbualan macik dan budak-budak kecik berumur 4 dan 6 tahun.



"kakak, nantikan ada nurse datang sekolah nak check gigi," makcik

"ye ke? mana ada. nurse dekat hospital je," kakak umur 7 tahun

"ha'ah, doktor kat klinik yang cabut gigi kakak," adik umur 4 tahun

"ye, ada nurse datang sekolah. tunggu la bulan 6 nanti," makcik

"ye ke?" kakak

"ye la. makteh tahu la.makteh kan dah besar. adik pun sama. kalau malas gosok gigi nanti doktor cabut gigi adik," makcik

"adik gosok gigi la," adik


"tak pe la. kalau gigi patah beli la gigi lain," adik lagi

"????????????????????????????" makcik


adakah gigi palsu yang budak kecik umur 4 tahun maksudkan?? (gambar ihsan google)

salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Sunday, January 9, 2011

hati gundah gelana. jiwa tak tenang. perasaan entah hape2 je.

Mulanya aku tulis blog ni sebab aku nak mencoretkan setiap apa yang aku rasa dalam hati. Aku nak berkongsi rahsia hati aku dengan orang luar yang aku tak kenal. Tapi bila lama-lama aku dalam dunia tanpa sempadan, aku rasa makin tak selamat untuk mencoretkan apa-apa. 

Kadang-kadang orang ambil kesempatan atas apa yang kita tulis. Ada juga cuba memburuk-burukkan si penulis. Bila aku membawa diri membaca hasil tulisan orang lain, aku pelik. Kenapa mesti ada hasad dengki. Kenapa mesti ada komen yang mengguris hati? OKEY. Memang hak masing-masing untuk berkata tapi bagi aku tak ada salahnya kalau tegur dengan berhemah. Entah la. Aku menulis ni ikut gerak jari. TAK ADA KAITAN DENGAN SESIAPA. Cuma aku meluah di sini sebab aku ada berjuta rasa dalam hati yang aku nak olah jadi ayat. Tapi bila aku fikir keadaan sekarang ni macam dah tak mengizinkan aku untuk mencoret kenangan aku dalam diari maya ni lagi. Mungkin hati dan perasaan ini akan terus terbeban dengan masalah jiwa yang tak pernah selesai.

Hidup siapa yang tiada masalah? Mustahil untuk aku terima kalau ada orang kata hidup dia tak ada masalah. Sebab bagi aku segala masalah itu lah yang mencorak hidup kita. Tapi sekarang ni, banyak orang ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah. Baca newspaper hari ni, ada kes kematian bunuh diri terjun bangunan. YA ALLAH. Kenapalah mesti jadi macam tu? TAKUT. Belum baca lagi pasal madu pukul madu dalam akhbar Metro. Kes buang bayi pun dah mula semula. Sekarang Kelantan hebat dilanda banjir. Semoga orang-orang kelantan selamat dan jangan lupa jaga kesihatan dan kebersihan diri.

Isu pasal kemasukan ke universiti pada bulan September bukan pada Julai seperti kebiasaan. Aku tak follow sangant cerita tu jadi tak tahu nak cakap sal apa. 

Oh, di FB kawan-kawan sekolah menengah buat group untuk budak-budak batch aku. Dan aku sangat seronok bila dapat update dengan kawan-kawan. Ye la. Dah lebih 5 tahun tinggalkan sekolah, bila dapat berborak sekalipun di alam tapi ia sangat berharga. Bila ada yang saling tegur, saling nasihat dan ada yang berkongsi pandangan. Aku suka dengan situasi macam tu. Terasa nak buat satu group untuk kawan-kawan Arau dan juga Shah Alam. Dan tak lupa kawan-kawan SKMS. Mesti best kan??

Sekarang penyakit dah tak kenal jantina, dah tak kenal usia dan juga tak kenal pangkat. Tapi aku percaya setiap apa yang terjadi pada diri kita adalah ketentuan daripada Allah. Kalau ada yang sakit, itu ujian daripada Allah. Kalau Allah bagi kecermalangan, itu juga ujian daripada Allah. Setiap apa yang kita peroleh adalah nikmat dan ujian daripada Allah. Setiap orang dah dijanjikan dengan rezeki masing-masing. Cumanya jangan putus doa.



Antara penyakit dengan penawar (ubat),
yang mana diciptakan dahulu???



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

Saturday, January 8, 2011

ulat dalam bahasa inggeris

BOSAN.
Semalam sembang dengan kak syidah. Anak jiran sebelah. 
Aku nak keluar ambil ibu di sekolah, dia baru balik kerja.
Sembang macam-macam.
Dah agak lama aku tak sembang dengan dia.
Lagi pun memang jarang sembang dengan dia.
Dulu aku di UiTM, dia di UIA.
Sekarang masing-masing di Ipoh.
Tapi aku di rumah, dia sudah bekerja.

"best kak syidah dah keje. jue ni dah bosan dok rumah"

"dok rumah puas-puas. nanti dah keje, tak sempat nak fikir cuti"

T_____T

Entah la.
Sekarang macam-macam hal.
OKEY.
Aku banyak alasan.
Aku rasa lonely. Tau tak LONELY???

Application tak settle lagi. 
Sponsor tak cari lagi.
Kerja tak dapat interview lagi.
Hal adik aku tak settle lagi.
Aku harap dipermudahkan segala urusan keluarga aku.

Rezeki Allah tetapkan.

Ada orang rezeki harta berlimpah ruah.
Ada orang rezeki anak berderet-deret.
Ada orang rezeki sijil bertimbun-timbun.

Macam-macam lagi la.
Bagi aku yang paling penting, jangan putus doa.


keyword dekat Nuffnang : ulat dalam bahasa inggeris???
=)

salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

Wednesday, January 5, 2011

Berdua lebih baik??

Berdua lebih baik? Aku lagi suka kalau ramai-ramai. Lagi-lagi kalau ada anak sedara aku yang becok-becok tu, memang tak hilang penat melayan dorang bertanya itu ini.

Pagi tadi adik aku selamat pulang ke pangkal jalan sekolah dekat kampung gajah nun. Maka tinggal la aku berdua kembali dengan ibu. Tiada sudah kawan gaduh aku. HUHUHU. Sedih weiii. Sebak pun ada. Rasa macam tak best bila adik aku tak ada. Nak tahu kenapa? Kalau adik aku tak ada, maka aku tak dapat nak dengar suara ibu aku kejut dia bangun tidur pagi-pagi. HEHEHE. Bila adik aku tak ada maka dengan secara rasminya segala urusan berkenaan dengan kain (pakaian) di dalam rumah ni di bawah tanggungan aku. Contoh macam angkat kain, lipat kain, sidai kain, basuh kain. Semua tu aku kena buat. Bila adik aku tak ada gak maka dengan secara automatisnya aku la kena jadi tukang basuh pinggan. HUH! Aku tak berapa nak gemar basuh pinggan tapi adik aku suka sebab dia suka main buih sabun tu dan sebab tu dia kalau basuh pingganmangkuk lama gila!

Bila adik aku tak ada, maka tak ada la suara nak bercerita segala macam benda dengan aku. Adik aku suka bercerita tau. Masa darjah 2 dulu pernah menang pertandingan bercerita peringkat kebangsaan. Seba tu la sampai sekarang adik aku tu suka bercakap. HEHEHE. 

Bila tak ada budak yang saiz kecik tu maka aku pun macam bosan gila kat rumah. Sebab kawan gaduh aku dah tak ada. Aku memang suka nak gaduh dengan adik aku. Tapi bukan gaduh tumbuktumbuk tu, ni gaduh mulut je. Ada je benda aku nak bebel kat dia. 

Okey la. Kalau nak tulis semua benda pasal adik aku ni memang tak habis la. Apa-apa pun, AKU MACAM TAK PERCAYA ADIK AKU DAH FORM4!!

Masa bercuti di Labuan Disember 2010.

Adikku bermata belalang warna pink. Muka kecik, spec besar.

Tengah tunggu ibu cuba baju di BELLE

Baju ala saloma kegemaran adik aku. HAHAHA


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Lupa nak bagitau sama kamu

Untuk semua yang bertuah, saya lupa nak bagitau. 
Saya dah pos janji-janji saya minggu lepas.
Mungkin dalam minggu ni akan sampai.

OKEY.
Itu je. Jangan lupa tunggu abang posmen datang rumah tau.


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



 lots of L♥VE

Tuesday, January 4, 2011

Current Job

Semalam sesi persekolahan tahun 2011 bermula. Ibu aku dah mula sibuk dengan bahan-bahan mengajar. Adik aku pula dah sibuk kemas-kemas barang. Esok dah nak balik asrama. HUHUHU. Tinggal la aku dengan ibu. Dah tak ada kawan nak gaduh dah. Dan sekarang baru aku terasa BOSAN teramat sangat. Aku perlukan kerja. Tapi aku agak memilih T__T 

Aku dah apply banyak keje (melalui jobstreet dan jobsmalaysia) tapi tak ada lagi panggilan interview yang aku dapat. T_____T Belum ada rezeki lagi. Dan sekarang tengah kelam kabut pasal IELTS. ADUH!! Nak kena pergi tuisyen ni. Maybe boleh minta Madam Napisah ajar kot? =P

Eh, aku nak tanya la pendapat korang kan. Kalau la korang dah tahu dan pasti yang sesuatu pekerjaan tu tak serasi dengan korang tapi orang-orang sekeliling korang paksa gak korang apply kerja tu dan dapat. Apa korang rasa? Happy ke? Aku tahu la nak kata macam mana. Ada la 2,3 orang suruh aku apply jadi lecturer sementara, ada gak yang suruh aku apply jadi cikgu ganti. Aku macam tak nak sebab aku rasa aku tak ada bakat mengajar. Aku tak nak la aku kerja sebab aku nak kerja dan ada gaji tapi aku buat kerja tu ala kadar je. Macam mengajar tu sendiri la. Aku tak nak la aku apply kerja yang berkaitan dengan education hanya sebab aku nak kerja dan ada gaji tapi aku mengajar tu macam lantak-korang-la-nak-belajar-ke-tak-yang-penting-hujung-bulan-aku-dapat-gaji. Setuju tak dengan aku? Aku nak la kerja yang sesuai dengan jiwa aku. Dan apa yang aku boleh aku kata, aku lagi senang kalau kerja tak melibatkan orang. Maksud aku mungkin kerja dalam makmal (hehehe.. mestila kan. aku kan budak kimia). Tapi aku mungkin akan pertimbangkan lecturer sementara tu. Aku cadang nak buat tuisyen untuk subjek Math dan Chemistry untuk budak-budak kat kampung aku ni. Tapi macam dah tinggal mak budak je. T____T

Errmmm... korang bagi la pendapat sikit. Tak pun kalau korang kerja dekat HR department mana-mana kilang chemical/fertilizer etc2, gtau la aku. Boleh aku hantar resume kat korang =)

Okey la. Nak pergi amik ibu aku.

Current job : fat synthesis executive cum personal assistant to Madam Adibah

Please pray the BEST for me. LOVE you. LOVE myself. LOVE everybody.


salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


 lots of L♥VE

formspring.me

anda tanya, saya jawab =) http://formspring.me/missjue

Sunday, January 2, 2011

Terima kasih daun keladi

Nampak tak yang dalam kotak merah tu???

Ini lagi.

Semalam aku kebosanan. Maklum la kerja sebagai "Fat Synthesis Executive" ni memang relax memanjang. Masalah pun tak banyak. Jadi masa yang terbazir begitu sahaja memang tak terkira. Jadi untuk memanfaatkan masa terluang tu, aku pun menggodek blog ni. Nak bagi nampak comey dan ayu. HAHAHAHA. Setelah penat sepetangan aku menggodek itu ini, makan terhasil la blog yang ala-ala nak cute.

Apa-apa pun, aku nak terima kasih banyak-banyak dekat Hannafauzann dan juga Whitey Mommy sebab sediakan tutorial yang amat mudah difahami terutama untuk orang yang buta HTML code (merujuk kepada diri aku sendiri)

Jadi kepada yang rasa nak nampak blog diorang comey macam blog Hanna atau cantik ayu macam blog Whitey Mommy sila la buat kunjungan hormat ke teratak mereka.


And again, thanx a lot to adik Hanna dan Whitey Mommy!!


To Hanna, 
macam mana nak cari ikon-ikon comey macam dekat blog awak tu? GERAM!! Comey sangat!!!



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


 lots of L♥VE

Saturday, January 1, 2011

I choose 355

Pendahuluan :
HAPPY NEW YEAR to all!!!

Isi penting :
Kerja tiap-tiap bila ada masa lapang adalah mengadap FB. Baca status semua kawan dan komen semua orang. BOSAN. Buka wall seorang budak comel. Ada status agak menarik.

Status budak comel itu. Terasam macam menarik untuk mencuba. Terus PM dia nombor saya suka.


Pagi ni mengadap FB lagi. HUH. Dah macam hobi pula tiap-tiap hari buka FB. Tengok ada status dari budak comel itu.

Dalam kotak merah tu adalah apa yang budak comel itu fikir tentang saya. TAK NAMPAK? klik gambar untuk nampak jelas.

Terasa terharu dan sebak. Tapi saya kagum dengan budak comel tu. Walaupun saya tak tahu semua rahsia dia tapi saya cuba paham keadaan diri dia. Saya harap budak comel itu tabah dan berjaya selalu.


SAYA : mood baik sebab hari ini 01/01/2011. Selamat kahwin kepada yang kahwin hari ni. Selamat tunang buat yang bertunang hari ni. Selamat panjang umur + murah rezeki untuk yang menyambut hari tua setahun pada hari ni. =)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE